Rabu, Ogos 11, 2010

DENGGI

Denggi? Apa itu Denggi?

     Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya dan boleh membawa maut. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

     Apabila seseorang dijangkiti penyakit ini mereka akan mengalami demam dalam jangka waktu yang lama untuk pulih sepenuhnya. Individu yang dijangkiti denggi biasanya mengalami demam yang berlarutan selama sepuluh hari.

     Virus Denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina.Cara penyebaran denggi ialah gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit denggi kepada orang yang sihat.Terdapat 2 jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).



Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu : 

  • Aedes  Aegypti                                                                                                                            nyamuk yang berterbangan di sekeliling rumah dan tinggal di tempat gelap dalam rumah dan bertelur dalam bekas air bertakung dalam rumah.
  • Aedes Albopictus                                                                                                                      ciri-ciri nyamuk  ini ada garisan putih-perak di sepanjang  pertengahan badan. Nyamuk ini terdapat di kebun-kebun dan terdapat di luar rumah.                                                                                                                                 

       Tahukah anda bagaimanakah rupa seekor nyamuk aedes?


Tanda nyamuk eades ini boleh dikenali melalui tanda belang hitam dan putih di kaki seperti gambar diatas.



 Disediakan oleh : Siti Anisah Bt AbduL Samad 207563
Tanda-tanda Demam Denggi :

Tahukah anda bahawa demam denggi mempunyai 2 jenis dan punca-puncanya agak berbeza??


1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun. 





2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Sindrom Kejutan Denggi'
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.




  

Disediakan Oleh : Atirah Amalina binti Anuar   206528
Punca-punca tersebarnya Demam Denggi :


1) Persekitaran yang kotor dan tidak menjaga kebersihan

2) Sikap individu yang pentingkan diri sendiri

3) Cuaca persekitaran yang tidak menentu seperti hujan yang turun berlebihan.

4) Semburan nyamuk yang tidak berkesan

5) Perlupusan sampah yang tidak baik seperti mengabaikan sampah yang boleh 
    menyebabkan nyamuk tersebut membiak


Di sediakan oleh : Tham Shu Ling 206526
Rawatan :

1) Rawatan utama adalah terapi sokongan.


2)Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya virus tersebut merebak dengan
banyaknya.


3)Pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging atau beriadah.


4)Minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya maksimum
  16 gelas sehari

         Disediakan oleh : Nur Shyida Bt. Sazali  206454 
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama: 
Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.
    Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
    Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.


    Disediakan oleh: Kee Sing Yan  (206461)
    DEMAM CHIKUNGUNYA

    Apakah penyakit Chikungunya? 

    Pendahuluan

    Demam chikungunya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus chikungunya yang dibawa oleh nyamuk aedes yang juga merupakan pembawa virus denggi,tetapi lebih serius kerana menyerang bahagian sendi dan tulang. Chikungunya berasal daripada bahasa Makonde yang bermaksud 'melengkung ke atas'. Ini besar kemungkinan disebabkan oleh keadaan terbongkok-bongkok yang di tunjukkan oleh pesakit. Demam ini bermula di Tanzania,Afrika pada tahun 1952,selepas itu,wabak terus merebak ke banyak tempat, terutama di Asia dan Afrika, terbaru sekali di Malaysia baru-baru ini sehingga dilabelkan penyakit 'misteri'. Penyakit ini mula dikenal pasti oleh Marion Robinson dan W.H.R. Lumsden, pada tahun 1955.Cara penyebaran penyakit ini adalah melalui gigitan nyamuk aedes betina. Penyakit ini lebih dikenali dengan sakit-sakit sendi yang teruk, seperti yang diceritakan oleh beberapa pesakit Chikungunya. Ia boleh menjejaskan aktiviti harian mereka sehingga 90%, terutamanya pada waktu pagi. Penyakit ini sering dipandang remeh masyarakat kerana tidak membawa maut, namun begitu penyakit ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan yang akut. Di Malysia,penyakit ini telah mengjangkiti  27 orang di pelabuhan Klang pada tahun 1999.


     



    Tanda-tanda Demam Chikungunya :

    1)Demam yang tinggi secara mendadak sehingga mencecah 39 darjah celsius.

    2)Kesejukan yang teramat sangat sejuk pada pesakit,menggigil dan ruam pada
    kaki,tangan dan badan.

    3)Kurang selera makan,perut meragam,sakit kepala,mata merah,sedikit sensitif pada
    cahaya,loya dan muntah.

    4)Tanda yang paling biasa ialah sakit sendi terutamanya di hujung jari,pergelangan
    tangan dan buku lali atau rasa ngilu pada tulang.





    Disediakan oleh : Nurul Fakriah binti Aziz 206514
    Punca-punca

    1)Faktor cuaca yang tidak menentu seperti hujan yang kerap kemudian panas yang tidak
    menentu.


    2)Tahap persekitaran yang kotor dan jijik menyebabkan habitat nyamuk tersebut sukar
    dihapuskan.Hal ini menyebabkan demam ini terus merebak.

    3)Kemasukan imigran ke dalam negara yang terlalu ramai dan tidak diketahui status
    kesihatannya menyebabkan virus ini mula merebak dalam negara kita.


    4)Sikap individu yang tidak bertanggungjawab iaitu membuang sampah merata-rata seperti bekas makanan dan tin minuman.Hal ini menyebabkan air bertakung di dlm bekas dan tin tersebut apabila hujan turun.

    5)Pencemaran alam menyebabkan virus ini tercipta.Hal ini kerana virus denggi telah bercampur dengan virus JE menyebabkan virus ini terhasil.







    Disediakan oleh : Siti Nur Farahin binti Ramli  206516
    Langkah - langkah mengatasi :


    1) Memusnahkan sarang pembiakan larva seperti menyembur racun,melupuskan sampah
    dengan segera dan sentiasa membuat tinjauan terhadap tempat yang mudah bertakung
    air.

    2) Tidur menggunakan kelambu untuk mengelak daripada gigitan nyamuk.

    3) Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di
    luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap
    gigitan nyamuk aedes.

    4) Pasang penghadang nyamuk pada tingkap.



    Disediakan oleh: Azlan Bin Lamit (206385)
    Rawatan Demam Chikungunya :

    1)Demam Chikungunya sama seperti demam denggi berdarah iaitu belum terdapat
        ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikugunya.

    2)Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan,
        gejala bagi melegakannya).

    3)Pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit.Pesakit akan diasingkan dan
        seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk,
        sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.

    Disediakan oleh : Mohd Azim Bin Basir 206203