DEMAM CHIKUNGUNYA
Apakah penyakit Chikungunya?
Pendahuluan
Demam chikungunya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus chikungunya yang dibawa oleh nyamuk aedes yang juga merupakan pembawa virus denggi,tetapi lebih serius kerana menyerang bahagian sendi dan tulang. Chikungunya berasal daripada bahasa Makonde yang bermaksud 'melengkung ke atas'. Ini besar kemungkinan disebabkan oleh keadaan terbongkok-bongkok yang di tunjukkan oleh pesakit. Demam ini bermula di Tanzania,Afrika pada tahun 1952,selepas itu,wabak terus merebak ke banyak tempat, terutama di Asia dan Afrika, terbaru sekali di Malaysia baru-baru ini sehingga dilabelkan penyakit 'misteri'. Penyakit ini mula dikenal pasti oleh Marion Robinson dan W.H.R. Lumsden, pada tahun 1955.Cara penyebaran penyakit ini adalah melalui gigitan nyamuk aedes betina. Penyakit ini lebih dikenali dengan sakit-sakit sendi yang teruk, seperti yang diceritakan oleh beberapa pesakit Chikungunya. Ia boleh menjejaskan aktiviti harian mereka sehingga 90%, terutamanya pada waktu pagi. Penyakit ini sering dipandang remeh masyarakat kerana tidak membawa maut, namun begitu penyakit ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan yang akut. Di Malysia,penyakit ini telah mengjangkiti 27 orang di pelabuhan Klang pada tahun 1999.
sangat bagus dan berinformasi....
BalasPadam