Denggi? Apa itu Denggi?
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya dan boleh membawa maut. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.
Apabila seseorang dijangkiti penyakit ini mereka akan mengalami demam dalam jangka waktu yang lama untuk pulih sepenuhnya. Individu yang dijangkiti denggi biasanya mengalami demam yang berlarutan selama sepuluh hari.
Virus Denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina.Cara penyebaran denggi ialah gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit denggi kepada orang yang sihat.Terdapat 2 jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu :
- Aedes Aegypti nyamuk yang berterbangan di sekeliling rumah dan tinggal di tempat gelap dalam rumah dan bertelur dalam bekas air bertakung dalam rumah.
- Aedes Albopictus ciri-ciri nyamuk ini ada garisan putih-perak di sepanjang pertengahan badan. Nyamuk ini terdapat di kebun-kebun dan terdapat di luar rumah.
Tanda nyamuk eades ini boleh dikenali melalui tanda belang hitam dan putih di kaki seperti gambar diatas.
Disediakan oleh : Siti Anisah Bt AbduL Samad 207563
huhu...colourful...:)
BalasPadam